Sunday, February 26, 2012

Penggalaman Saya menghadiri Bengkel Kompang.

Saya dan kawan-kawan saya belajar macam mana hendak bermain kompang, seperti rentaknya dan belajar kompang di buat dari apa. Bengkel kompang di adakan pada hari Selasa.

Sunday, February 12, 2012

Video Cenderawasih

Cenderawasih

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan

Tak hamba terkelindan sayap dipatahkan
Tak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan

Thursday, August 26, 2010

Aktivity bebas

Kawan baik saya adalah Qadari kerana dia suka buat kelakar , dia akan cari bahan untuk membuat lawak dari binatang,orang atau pun dari pekara yang kelakar bagi nya

Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.

Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.

PERTANDINGAN BLOOGING KE 3(makanan melayu)





Kuih lapis merupakan sejenis
kuih yang terdapat di Malaysia. Kuih ini terdiri dari beberapa lapisan dan boleh didapati dalam berbagai warna, namun warna merah adalah warna tradisional.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI 2(hari guru)



   Pada masa sekolah cikgu yang saya sayangi adalah Cikgu Hafeez
kerana dia  selalu membuat saya gembira dan dialah orang yang 
membuat saya bejaya sampai ke sekolah menengah. Sudah tentu dia 
garang tetapi hatinya sukar dicari. saya beharap untuk bejumpa dia 
sekali lagi.